Ingatkan kena saman, Bell Ngasri terkejut didatangi warden parking di luar negara

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sangka populari pelakon yang sejak dari kecil menghiasi kaca televisyen meluas hingga ke luar negara.

Pada awalnya disangka akan disaman oleh seorang wanita yang bekerja sebagai warden parking di New Zealand, rupanya datang untuk mendapatkan tandatangannya.

Dalam video yang tular di media sosial, Bell dilihat terkejut dan bertanya sama ada dia akan disaman namun dibalas senyuman oleh peminatnya.

“Ini bukan kena saman ya? Saya takut kalau kena saman,” ujarnya dalam video tersebut.

Turut kelihatan dalam video tersebut adalah pelakon Fattah Amin, penyanyi Amira Othman dan adiknya Irfan Haris.

@syzwnismadi

Ingatkan kena saman, rupa rupanya … @bellngasri 😂👏🏻 #fyp #bellngasri #newzealand

♬ original sound – syzwnismadi – Syazwan Ismadi

Rata-rata netizen sempat bergurau bahawa Bell lebih popular di luar negara berbanding Fattah malah ada memuji rupanya yang kekal awet muda.

“Dia lebih memilih Bell daripada Fattah. Yak yak yey.

“Berbunga hati Bell. Senyum sampai ke mimpi agaknya.

“Kau makan apa Bell, muka awet muda sahaja.

“Kalau saya pun akan pilih Bell sebab memang minat dari kecil, membesar tengok lakonan bell,” antara komen netizen.

Baca juga: Ridzkomura pilih setia dengan arwah Akiko, rasa curang kalau kahwin lain – “Doa tuhan tutup nafsu”