‘Bukan bersyukur, tapi demand!’ – Netizen selar asnaf minta pampers pants, tak nak jenis tape

Oleh MALAYSIADATELINE

Tular video seorang asnaf di media sosial yang meluahkan rasa kecewa terhadap bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Jelasnya MAIWP dilihat lambat dalam menghantar bantuan serta salah memberikan pesanan yang diminta mereka.

Dikenali sebagai Puan Putri, dia mengajui kecewa akan kesilapan dalam agihan bantuan barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu anak-anaknya.

Ibu kepada enam anak itu dikatakan memohon pampers jenis seluar namun diterima keluarganya adalah jenis tape.

“Dah bertahun-tahun jadi isu ini. Sistem masih manual, lambat, dan tak telus,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Bagaimanapun menerusi video dikongsikan AATV Media itu, rata-rata netizen melihat sikapnya itu sebagai tidak bersyukur serta meminta perkara yang tidak diperlukan.

Baca juga: Makan pasta RM250, sewa rumah cecah RM11k – Lelaki ini syukur hidup di Malaysia lepas lawat Hong Kong