Bukan saya lantik isteri saya, kata Sofi menjawab fitnah lawan

Oleh BORHAN AHMAD

Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab menafikan beliau terlibat dengan perlantikan isterinya, Datin Mahani Othman Basir sebagai Timbalan Pengerusi Zakat Melaka ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah Melaka dahulu.

“Bukan saya yang lantik isteri saya. Saya dilantik Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) selepas isteri saya dilantik sebagai Timbala Pengerusi Zakat,” kata Sofi memberikan penjelasan tentang isu yang diviralkan oleh musuh PH.

Musuh-mush PH sedang cuba memburukkan nama pemimpin PH dengan berkata, kerajaan PH Melaka gagal ketika semua rakyat Melaka sedar kerajaan PH Melaka pimpinan Adly Zahary antara yang terbaik rekod.

Bagi memusnahkan rekod itu, Sofi yang menjadi Exco Kerajaan Negeri Melaka ketika itu didakwa melantik isterinya sendiri sebagai Timbalan Pengerusi Zakat.

Menurut Sofi, Datin Mahani isteri beliau dilantik kerana beliau berkelayakan dan mempunyai jawatan yang kanan dalam AMANAH Melaka iaitu Ketua Awan Melaka.

“Perlantikan beliau berdasarkan merit bukan kerana dia isteri saya.

“Beliau berkelulusan Master IT dari UKM dan Ijazah Sarjana Muda Sains Universiti Malaya (UM) juga berpengalaman sebagai Pengurus syarikat swasta dan guru,” kata Sofi yang kini dipilih bertanding semula dalam PRN Melaka di Durian Tunggal.