Selain penjawat awam, PM umum duit raya untuk siapa lagi?

Oleh KIM SYAZIE

Selepas mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri untuk penjawat awam, Perdana Menteri mengumumkan pula bantuan tambahan kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan sebanyak RM250 akan diagihkan kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.

“Malam ini saya nak tambah kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu baru-baru ini.

Terdahulu Anwar mengumumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara pesara kerajaan sama ada berpencen atau tidak berpencen.

Baca juga: Mahu kekal istiqamah, Isyariana akui segan bila tak bertudung, rasa selamat dengan imej sekarang