Pelakon Kamal Adli enggan mengeluarkan kenyataan bodoh demi mempertahankan diri, sebaliknya, dia memilih saluran yang tepat, terutama apabila berkaitan hal anaknya.
Tegasnya, dia akan memperjuangkan haknya menerusi mahkamah terutamanya melibatkan hal anaknya bersama Uqasha Senrose, iaitu Hawra Uqaira lapor Berita Harian.
“Ini sajalah ruang yang saya ada iaitu di mahkamah. Untuk berdepan dengan dia memang tak ada ruang buat masa ini kerana ada halangan.
“Jadi saya guna cara yang betul (mahkamah). Saya tak nak pergi ke tepi, belakang, bawah atau buat kenyataan bodoh,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Jelas pelakon berusia 39 tahun itu, dia masih mahu mempertahankan rumah tangganya semampu yang boleh
“Saya nak pertahankan mana yang mampu. Benda ini ada prosedur, jadi saya hanya ikut saja. Tapi kalau Allah kata jodoh itu masih kuat, adalah.
“Saya perjuangkan bukan untuk diri saya, tapi untuk anak sendiri,” katanya.
Sekadar info, Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman.
Kedua pasangan tersebut berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Baca juga: Agensi umrah siasat isu pelakon buat ‘gender reveal’ depan Kaabah dengan suami mutawif