Mesti ada yang biasa beli makanan bergoreng di gerai tepi jalan, kebanyakan adalah lebih rangup jika nak dibandingkan kalau kita masak sendiri di rumah.
Tular satu video seorang warga Indonesia di Instagram berkongsi tip yang didapatinya untuk menjadikan makanan lebih garing daripada biasa.
Jelasnya ada sesetengah orang masukkan cawan plastik atau plastik ke dalam minyak panas hingga ia mencair untuk menjadikan makanan lebih rangup.

Berdasarkan eksperimen dilakukan pemuda tersebut, memang jelas makanan yang digoreng dalam minyak berisi plastik cair lebih garing berbanding minyak normal.
Video yang dimuat naik semula di laman X menarik perhatian ramai malah ada wargamaya turut berkongsi mereka pernah melihat peniaga melakukan hal yang sama.


Baca juga: Tak sampai sebulan rujuk Siti Jamumall ditalak dalam ‘live’, rupanya ini punca pergaduhan?