Segelintir peniaga di kawasan tumpuan pelancong sering mengambil kesempatan dengan menaikkan harga makanan dan minuman secara tidak munasabah.
Tindakan ini bukan sahaja membebankan pelancong, malah boleh menjejaskan imej destinasi tersebut apabila pengunjung merasakan mereka ditipu atau tidak mendapat nilai setimpal dengan bayaran yang dikenakan.
Tular di Facebook, perkongsian Tok Tuah Channel Haziq mencuri perhatian apabila dia meluahkan rasa terkejut selepas dikenakan caj RM10 hanya untuk dua minuman, sebotol air mineral dan satu air tin.
“Dua kali Tok tanya penjual kedai tu (bukan air yang tolak-tolak dekat jalan tu) dan dua kali juga dia jawab ‘Ya RM10 untuk dua air ni’.
“Fuh Melakau betul. Agak-agak korang berapa ringgit untuk air mineral dan berapa harga air tin tu kalau keduanya harga RM10.
“Disebabkan dah terlalu haus, terpaksa pasrahkan diri untuk membayarnya,” kongsinya dalam hantaran di Facebook.
Rata-rata netizen berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka mengambil tindakan terhadap peniaga tersebut.
“Alang-alang tu, KPDNKK datang jenguklah kedai ni.
“Pandai dia ambil kesempatan, dah tahu orang ramai cuti sekolah ni, mesti ada yang akan beli.
“Air tin dekat situ kalau tak silap dalam RM5 pernah dulu tanya. Jadi air mineral pun RM5 lah tu.
“Woi, jangan beli air orang jual kat situ, aku dah terkena dulu. Cari kedai serbaneka kalau setakat nak beli air macam tu,” antara komen netizen.
Baca juga: Apa jadi dengan Masjid Kristal? Warganet terkejut tengok keadaan terkini masjid popular Terengganu