Kemelut antara personaliti media sosial sensasi, Boss Kay bersama bekas isterinya, Cik Pia nampaknya memasuki episod baharu.
Sentiasa menjadi tumpuan pengguna media sosial, Cik Pia baru-baru ini menerusi satu siaran langsung telah meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan Boss Kay.
Mana tidaknya, pemilik nama sebenar Khaireel Azlee Abdul Aziz itu enggan menjalankan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kepada anak-anak mereka berdua.
Tergamak memberikan alasan ‘tidak mampu’, Boss Kay malah menampilkan gaya hidup yang cukup mewah menerusi perkongsian di platform media sosial miliknya.
Perkara ini secara tidak langsung mengundang perasaan amarah Cik Pia sehingga membuatkan wanita itu tidak dapat menahan sebak ketika meluahkan perasaannya.
Tular di media sosial, siaran langsung tersebut sempat dirakam lalu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun @nasshopp_/ di platform itu.
“Tak mampu nak bagi anak nafkah, tetapi makan dekat restoran mewah. Makan Lobster (udang kara), buat ‘live’. Satu dunia nampak kau makan Lobster. Malu lah.
“Kau cakap dalam mahkamah kau tak mampu bagi nafkah. Sedangkan kau baru balik dari Thailand. Aku sakit hati tengok,” luah Cik Pia sambil menitiskan air mata.
Kongsi Cik Pia lagi, membesarkan anak-anak sendirian bukanlah sesuatu perkara mudah terutamanya bagi seorang wanita yang memegang gelaran ibu tunggal.
Pelbagai pengorbanan perlu dilakukan, Cik Pia berharap wanita yang melalui takdir sama sepertinya diberi kekuatan dan juga pembelaan dari pihak bertanggungjawab.
“Walaupun kita ada adik-beradik dan mak ayah, tetapi mereka pun ada keluarga. Kita tak boleh mengharapkan orang luar. Kalau adik-beradik kita bagi, Alhamdulillah.
“Tetapi kalau adik-beradik kita pun susah, tak akan kita nak mengharapkan mereka lagi. Takkan kita nak harapkan belas ehsan. Jadi kita sendiri kena usaha.” Katanya.
Terdahulu, Boss Kay pernah mendirikan rumah tangga bersama dua wanita iaitu Nooraini Noni dan isteri keduanya, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari.
Hasil perkongsian hidup bersama isteri-isterinya, Boss Kay dikurniakan empat orang cahaya mata namun kedua-dua perkahwinan itu malangnya berakhir pada Mac lalu.
Tak lama kemudian, Boss Kay mendirikan rumah tangga untuk kali yang ketiga pula bersama seorang pelakon dan juga pengacara terkenal, Tash Yong.
Baca juga: Sakit perut jadi petanda Tia Jinbara hidap kanser hati, isteri bersedia derma organ