Cemas! Kapal terbang bertukar ‘dewan bersalin’

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sebuah penerbangan semalam berdepan dengan detik cemas seorang penumpang wanita melahirkan bayi ketika pesawat masih berada di udara.

Kejadian itu berlaku apabila wanita berkenaan tiba-tiba mengalami pecah air ketuban semasa dalam perjalanan, menyebabkan kru pesawat segera meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan kecemasan, lapaor akhbar the sun UK.

Pesawat milik Caribbean Airlines yang dalam perjalanan ke New York itu akhirnya mendarat di Lapangan Terbang John F. Kennedy selepas berlepas dari Kingston, Jamaica. Sepanjang situasi tersebut, kru kabin memaklumkan kepada menara kawalan bahawa seorang penumpang sedang melalui proses kelahiran.

Menurut rakaman audio yang diperoleh media, pihak menara kawalan turut bersiap sedia dengan bantuan perubatan sebaik pesawat tiba. Malah, sempat juga berlaku gurauan daripada pengawal trafik udara mengenai nama bayi yang dilahirkan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan ibu dan bayi tersebut tidak didedahkan setakat ini.