Cinta masih bertaut, ramai tak senang tengok View Chin dan Mira buat ‘comeback’

Oleh KIM SYAZIE

Personaliti media sosial sensasi, View Chin dan Mira kembali menjadi topik perbualan hangat selepas kembali tampil bersama baru-baru ini.

Setelah hampir tiga bulan ‘berpisah’, Mira atau nama penuhnya Amira Aqilah memaklumkan bahawa dirinya dan View Chin kini kembali.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Mira menerusi satu pengumuman yang dimuat naik di akaun Instagram peribadi miliknya beberapa hari lalu.

Memuat naik video ‘teaser’, pasangan itu bergandingan bersama dalam satu siaran langsung sempena jualan 7.7 yang diadakan secara atas talian.

Bersama kapsyen “We are back (kami sudah kembali)”, hantaran Mira itu telah mengundang perasaan tidak senang di kalangan penonton.

Menimbulkan kemarahan, pelbagai pesanan berunsur kecaman mula membanjiri ruangan komen Instagram milik @amirahhfirdaus itu.

Hairan bagaimana pasangan itu masih berani tampil bersama, rata-rata pengguna meluapkan amarah mereka kepada gadis berkenaan.

“Tahniah Mira, sebab dah berjaya buat View Chin dan Ah Moi bercerai. Awak yang lakukannya!,” komen seorang pengguna.

“Apakah perasaan kamu dah curang dengan lelaki orang?,” soal pengguna lain yang tertanya mengapa gadis itu sanggup berbuat sedemikian.

Amirah itu turut berkongsi keratan video siaran langsung yang diadakan di TikTok itu namun memutuskan untuk menutup ruangan komen.

Siaran langsung menerusi akaun TikTok View Chin yang mendapat 17.4 ribu tontonan

Terdahulu, Mira pernah hilang dari sosial media selepas dilaporkan menjadi punca keretakan rumah tangga View Chin dan isterinya, Shermine Ah Moi.

Skandal menggemparkan itu didedahkan sendiri oleh isterinya di Facebook bersama beberapa bukti termasuk perbualan Whatsapp.

Berlaku curang dengan bertemu janji di tangga pejabat, Mira dan View Chin juga didakwa pernah bercuti bersama di Bali, Indonesia.

Baca juga: Sayu lihat wanita penat lahirkan anak, dua kali ‘czer’ dalam masa 11 bulan