Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 5,352 kes sembuh hari ini mengatasi kes baharu, menjadikan keseluruhan kes dibenarkan discaj sebanyak 2,522,045.
Manakala 5,097 kes positif Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah hari tadi menjadikan kumulatif kes dalam negara sebanyak 2,619,577.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes berkenaan, 5,080 merupakan kes tempatan manakala 17 lagi adalah kes import.
Sementara itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 510 kes dengan 258 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada 5,097 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 84 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.
Manakala 5,013 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.