Sebanyak 5,439 kes baharu positif Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat jam 12 tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jangkitan kumulatif Covid-19 di negara ini kini mencecah 2,850,408 kes.
Daripada 5,439 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini hanya 47 kes iaitu 0.9 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 5,392 kes (99.1 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Sementara itu, terdapat 124 kes pesakit Covid-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam tempoh sama, terdapat 4,409 kes sembuh menjadikan jumlah sembuh sebanyak 2,770,663 kes.