“Dah beri sewa percuma, bila suruh keluar dia tinggal rumah penuh dengan najis kucing”

Oleh KIM SYAZIE

Mengejutkan, satu rakaman memaparkan keadaan di rumah sewa yang penuh dengan najis kucing tular di media sosial baru-baru ini.

Dimuat naik di laman TikTok oleh pemilik rumah, wanita yang bernama Bayu itu tidak menyangka akan dikhianati oleh saudaranya sendiri.

Bagai air susu dibalas tuba, wanita itu menyewakan rumah secara percuma kepada saudaranya dengan niat murni mahu membantu.

Selepas lima tahun membantu, keadaan mula menjadi tegang apabila Bayu meminta saudaranya itu untuk keluar dari rumah itu pada tahun lalu.

Kata Bayu, dia terperanjat apabila melihat rumah miliknya itu tiba-tiba dipenuhi dengan plastik berisi najis kucing belaan saudaranya.

@bayubeautyhouse

#bersyukur Kadangkala kita diberi rumah tapi kita tidak hargai,apatah lagi bila kita dapat duduk rumah secara percuma.Sedangkan orang dekat luar sana masih ramai yang takde rumah.Bila dah diberi tempat tinggal jagalah baik-baik,bukan macam ni.Kalau dihalau kamu akan berkata tidak berhati perut.Itulah hakikatnya sifat sesetengah manusia..Beryukurlah masih diberi tempat tinggal bukan merempat ditepi jalan.Saya berharap sesiapa pun yang related to person yang tinggal dalam rumah ni,boleh ambik axtion and don’t blame me.Why he sick?why no room to sleep?why sleep in the car?Saya hanya bagi tumpangan rumah anugerah Allah.tapi bukan untuk menjaganya sekali Saya ada anak2 untuk dijaga berbabding orang luar yang tak kisah tentang saya..Sedangkan kalau diikutkan lebih baik saya bg sewa sekurangnya saya dapat tampung keperluan aekolah anak2 saya.

♬ Sholawat Meluluhkan Hati – Yasir

“Dia dah tinggal hampir lima tahun. Sebelum ni okay, rumah bersih je. Tapi tahun lepas dalam bulan sembilan macam tu, kak Bayu minta dia pindah.

“Mungkin sebab tu, dia mula simpan najis kucing dari tahun lepas mungkin. Sebab Kak Bayu dah tak masuk periksa rumah daripada bulan lapan.

“Kali terakhir saya masuk rumah tu bulan Ogos tahun lepas. Dalam plastik tu, semua pasir yang dah bercampur dengan najis kucing,” katanya.

Setelah menghubungi penyewa, Bayu dimaklumkan bahawa individu terbabit sebenarnya diserang penyakit strok ringan selama tiga bulan.

Menghidap penyakit saraf, penyewa yang tinggal bersendirian itu tidak mampu mengangkat plastik najis itu untuk dibuang ke luar rumah.

“Jadi dalam masa tiga bulan tu, dia tak dapat angkat berat sebab tu dia simpan najis kucing di rumah tu.” Kongsi Bayu lagi.

Baca lagi: Apa hukum buang bin dan binti dari segi syarak? Ini jawapan Pejabat Mufti