Dah biasa kerja dengan syarikat Cina, sekali masuk syarikat GLC Melayu terkejut beruk tengok budaya kerja

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Dr Amirul Amin mengakui ada perbezaan ketika dia bekerja di bawah syarikat Cina dengan syarikat Melayu yang membuatkan dia terasa sedikit ‘kejutan budaya’.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia menyenaraikan 10 budaya bekerja di syarikat swasta Cina yang berbeza dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai hampir 100 peratus pekerja Melayu.

“Saya pernah kerja di beberapa GLC. Sengaja tidak letak namanya kerana tidak mahu memalukan. Kalau nak tahu kenapa syarikat Cina lebih perform kenalah tengok budaya kerja mereka. Kita Melayu ini bukan tak bagus, tapi budaya kerja tu teruk sangat,” katanya.

Kami sertakan perkongsian penuh pemuda ini seperti di bawah;

1. Saya kerja dengan Cina lama. Lama-lama saya punya perangai macam Cina. Bila saya kerja dengan satu GLC yang 99.9% Melayu ada kejutan budaya.

Di syarikatCina selagi belum pukul 7pm tak ada siapa sibuk nak balik. Di GLC tersebut pukul 4.30pm dah siap kemas meja. Pukul 5pm tepat semua balik.

2. Di syarikatCina kita nak jimat kos pembinaan. Di GLC itu macam tak ada siapa peduli kalau mahal dan rugi.

3. Di syarikatCina, HR peringatkankerja baik-baik. Kalau syarikatuntung banyak kita dapat bonus. Di GLC itu syarikatrugi setiap tahun tapi kakitangansibuk nak minta bonus.

4. Di syarikat Cina kita nampak bos dan hala tuju syarikat. Di GLC itu kita panggil syarikattak ada bos. Semua auto-pilot.

5. Di syarikatCina pekerjasikit kerja banyak. Di GLC itu kerja sikit pekerja ramai

6. Di syarikatCina hampir semua orang bekerja bersungguh-sungguh yang malas tak ramai. Di GLC itu yang malas lagi ramai daripada yang bersungguh-sungguh kerja.

7. Di syarikatCina anda cakap banyak anda bagus sebab anda nak majukan syarikat. Di GLC itu kalau cakap banyak kena cap dengan bos dan pekerjalain.

8. Di syarikatCina kita bising-bising nak bagi kerja jalan. Di GLC itu kalau kita bising-bising depa kata berlagak nak tunjuk dia sorang je kerja.

9. Di syarikatCina kita mesyuarat tetapkan target tahun depan pada bulan Jun. Di GLC itu kita mesyuarat set target tahun depan pada bulan Disember.

10. Di syarikatCina susah nak cuti. Bos kena pastikan ada rotationkalau hujung tahun. Di GLC itu satu jabatanlumpuh pasal semua cuti. Bos depa boleh luluskanpula semua orang cuti.

Apa kata anda?

Baca juga: “Berurusan dengan penagih dadah ini tak mudah” – Isteri Along Cham jawab tuduhan curang