Confinement lady (CL) atau penjaga pantang ini diambil untuk membantu wanita selepas bersalin, malah mereka juga menguruskan daripada segi makanan hinggalah bertungku.
Ia juga semakin popular dalam kalangan ibu muda yang baru pertama kali berpantang dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa.
Buat ibu berpantang ini, dia kecewa dengan CL yang digajinya selepas buat hal hingga menyebabkan dia kelaparan.
Menurut Nadd (@thenaddynadd), dia berkongsi pengalaman buruk bersama CL namun ‘diselamatkan’ bapa mentua.
“Ada pengalaman pantang yang buruk dengan CL, nasib baik ada keluarga mentua. Bapa mentua hantarkan makanan untuk ibu berpantang,” tulisanya dalam ciapan itu.
Rata-rata warganet terkesima melihat cara susunan makanan yang boleh dikira sama macam di hotel.
“Seronoknya, siap dah berhidang lagi,” komen Emma.
“Bagusnya ayah mentua. Layan menantu sebiji mcm anak sendiri,” ujar Nick.
“Macam room service (perkhidmatan bilik) dekat hotel. Tak cukup sepinggan nasi,” tambah Ruby.