Siapa tidak kenal dengan Lisa iaitu salah seorang anggota kumpulan Blackpink dari Korea Selatan yang cukup popular setaraf artis global.
Baru-baru ini artis kelahiran Thailand itu mendapat perhatian peminat apabila dikesan berada di sebuah pasar di Bangkok, menemani ibunya berbelanja, lapor mStar.
Apa yang menjadi bualan adalah gelagat Lisa yang bersahaja menemani ibunya membeli-belah di pasar berkenaan tanpa ‘bodyguard’ walaupun dia seorang bintang terkenal dunia.
Tampil dengan seluar jean, berkemeja-T berwarna putih dan berselipar, Lisa disifatkan cukup merendah diri apabila pulang ke negara asalnya.
Tidak hanya itu, Lisa turut membantu ibunya membawa barang-barang yang dibeli sambil memeluk seikat sayur-sayuran yang dibalut dengan surat khabar.
Kemunculan Lisa itu juga dilihat tidak ditemani sebarang pengawal peribadi dan penyanyi itu kelihatan santai dan gembira dapat meluangkan masa berkualiti bersama ibunya.
Ramai menganggap Lisa seorang anak yang baik dan ia cara dia meluahkan rasa sayang terhadap ibunya.
“Lisa anak yang baik, memang nampak mak dia besarkan dia dengan cara asia.”Lisa sangat merendah diri ya padahal dia bintang terkenal,” antara komen netizen seperti dilapor mStar.