Darjah 1 dah belajar tajwid, guna tulisan jawi sepenuhnya, silibus Pendidikan Islam terlalu tinggi

Oleh MOHD FADLI SALLEH

Ada berpendapat suku kata sepatutnya diwarnakan bagi membantu murid darjah 1 membaca.

Buku teks sepatutnya menjadi buku rujukan murid di sekolah dan di rumah.

Buku teks Pendidikan Islam Tahun 1 ni, seawal pengenalan dah ditulis dalam Tulisan Jawi sepenuhnya. Murid tahun 1 majoriti langsung tak tahu baca jawi.

Dah tu macamana mereka nak buat rujukan? Di kelas pun tak boleh baca, di rumah perlu bimbingan ibubapa. Ibubapa pula bukan semua yang pandai baca jawi.

Dah jadi bebanan pikul bahan yang kurang memberi impak pula.

Kenapa tak mudahkan tulis dalam rumi sahaja? Murid lebih cepat membaca dalam rumi, kat rumah pun senang abang or kakak or ibubapa nak bantu.

Intipati Pendidikan Islam dan Tulisan Jawi dua perkara berbeza. Pendidikan Islam nak memberi faham fardu ain dan asas-asas Islam kepada murid. Tulisan Jawi pula khusus untuk mahirkan anak-anak dalam tulis baca ejaan dalam Jawi.

Masa Pendidikan Islam, fokus betul-betul pasakkan fardhu ain dan asas-asas dalam Islam dalam dada murid. Bahan pembelajaran biar yang boleh murid rujuk bila-bila masa.

Untuk mahirkan murid dalam Jawi, fokus masa subjek Jawi sahaja. Masa tu drill betul-betul murid tulis dan baca.

Dan ramai juga kata silibusnya pun terlalu tinggi.

Berbeza dengan silibus sekolah agama di Johor, silibus ini untuk murid-murid tahun 4, 5 dan 6.
Tajuk-tajuk terlalu banyak untuk dihabiskan dengan peruntukan masa yang sangat terhad.
Darjah 1 dah belajar tajwid, guna tulisan jawi sepenuhnya, silibus Pendidikan Islam terlalu tinggi.
Berat tajuk-tajuk untuk murid darjah 1.