Mesti pembaca pernah tertanya ke mana sebenarnya baju-baju terpakai atau baju tidak terjual dibawa? Betul ke semuanya dikitar semula? Pastinya tidak.
Setiap tahun, ‘gunung-gunung’ baru dilapor akan terbentuk di Gurun Atacama di Chile.
Bukan membentuk gunungan pasir, tetapi gunung hasil dari lambakan baju dan pakaian tidak terjual yang datangnya dari Asia, Eropah dan Amerika.
Gurun Atacama. Inilah lokasi pembuangan baju yang tidak laku dari seluruh dunia.
Gurun ini juga dikenali sebagai padang pasir paling kering di dunia. Di sinilah puluhan ribu pakaian yang tidak diingini dan tidak terjual dari seluruh dunia dibuang setiap tahun.


Menurut laporan, pakaian yang menggunung di Gurun Atacama itu terdiri dari pakaian yang dibuat di China dan Bangladesh yang kemudiannya dijual di di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia.
Chile telah lama menjadi hab pakaian terpakai dan tidak terjual. Kira-kira 59,000 tan pakaian akan tiba setiap tahun di pelabuhan Iquique di zon bebas Alto Hospicio di utara Chile.
Namun hanya sekitar 20,000 ton saja yang terjual, menyebabkan lebihan 39,000 ton pakaian berakhir di Gurun Atacama kerana tiada pihak yang bertanggungjawab ke atas pakaian-pakaian itu, lapor portal sebearang, Dewimagazine.
Dalam perkongsian gambar, dapat dilihat seorang wanita sedang mencari pakaian yang masih elok dalam timbunan baju-baju tidak terpakai.



Baca juga: Pinjam RM300 atas alasan anak sakit, artis lelaki tahun 90-an berwajah tampan ‘gunakan’ rakan selebriti