Pinjam RM300 atas alasan anak sakit, artis lelaki tahun 90-an berwajah tampan ‘gunakan’ rakan selebriti

Oleh MAISARAH AISYA

Menjadi artis tidak menjamin seseorang itu untuk kaya selamanya melainkan ada perniagaan sampingan untuk kelangsungan hidup.

Maka tidak terkejutlah jika ada artis lama yang meminjam duit daripada rakan selebriti mereka.

Artis itu dikatakan pernah bergelar anggota sebuah kumpulan popular sekitar 90an, tinggi lampai dan berwajah tampan lapor Utusan.

Melihat kepada gaya hidup artis tersebut, dia bukanlah dalam kategori miskin dan masih mempunyai kudrat untuk mencari duit sendiri.

Tambahan pula, artis tersebut juga sering melakukan live (siaran langsung) di TikTok dan tidak mempunyai masalah kesihatan.

Namun sumber Utusan memaklumkan, artis itu gemar meminjam daripada rakan bukan sekali dua tetapi begitu kerap.

Hal ini menyebabkan individu yang meminjamkan wang marah dengan tindakannya itu.

Alasan yang diberikan juga selalunya sama iaitu anak sakit namun bila disoal tiadan jawapan jujur keluar dari mulut artis tersebut.

Malah artis ini juga pandai memilih orang yang mahu dipinjam duit kerana kegiatannya itu tidak pernah terbongkar dek kerana tukang pinjam sering menjaga privasi dan tidak heboh.

Ketika disoal bila mahu membayar hutang, artis tersebut memilih untuk mendiamkan diri sahaja.

Banyak taktik digunakan orang yang suka meminjam selalunya yang menjadi mangsa adalah anak, kerana itulah perkara yang boleh mencairkan hati manusia untuk memberi wang.

Baca juga: Hanya jual telur masin, pasangan ini berjaya raih keuntungan RM6,000 sebulan