Demi menggapai impian menjadi ‘Barbie’, nenek 54 tahun ini sanggup hidup bujang

Oleh KIM SYAZIE

Menyimpan impian untuk menjadi patung ‘Barbie’ sejak kecil, nenek ini akhirnya berjaya merealisasikan cita-citanya itu di usia senja.

Berusia 54 tahun, warga emas itu langsung tidak merasa segan ketika mengenakan ‘seragam’ Barbie yang dilihat tidak sesuai dengan umurnya.

Mengecat rumah dengan rona merah jambu, wanita tersebut juga gigih menghias keseluruhan kediamannya persis seperti rumah mainan Barbie.

Merupakan patung kegemarannya semenjak kecil, wanita itu berhenti bermain Barbie setelah diejek kanak-kanak lain kerana terlalu tua.

Kini pada umur 54 tahun, wanita itu mahu hidup tanpa perlu menyembunyikan keinginannya demi memuaskan hati orang lain.

Rela hidup membujang demi menggapai impiannya, ibu kepada dua anak itu tidak bersedia menerima kehadiran lelaki atau ‘Ken’ di dalam rumahnya.

Tidak menghalang cinta untuk hadir ke dalam hidup, wanita yang bernama Dena Daniels itu merasa tidak dapat menjadi diri sendiri dengan kehadiran suami.

“Saya memilih untuk tidak mempunyai suami. Dapat menjadi diri sendiri, saya juga bebas melakukan apa-apa sahaja yang saya inginkan.

“Ketika saya berpindah masuk ke kediaman tersebut (rumah Barbie), saya sebenarnya sedang berhubungan dengan seorang lelaki.

“Kami berpisah, saya tidak mahu tinggal bersamanya. Saya tidak mahu mereka (lelaki) ada di sini. Rumah ini tidak sesuai untuk lelaki,” katanya memetik Dailymail.

Satu pencapaian yang memuaskan, Dena yang berasal dari Arkansas, Amerika Syarikat itu turut digelar Barbie oleh penduduk tempatan.

Dena yang hidup dengan caranya sendiri itu langsung tidak terkesan dengan cakap-cakap orang yang menganggapnya ‘gila’.

“Saya tidak melakukan apa-apa yang membahayakan sesiapa, saya hanya meluahkan seni dan jiwa saya.” Ujarnya.

Baca juga: Tuan rumah melampau, berani buat benda tak senonoh dalam bilik penyewa yang keluar bekerja