Derma RM100k kepada tabung Cinta Gaza Malaysia, tindakan Khairul Aming dikagumi ramai

Oleh MAISARAH AISYA

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming menggunakan hasil perniagaannya untuk disalurkan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Dapat dilihat banyak usahawan yang turut menjual produk demi menyalurkan bantuan buat warga Palestin.

Menerusi hantaran di X, Khairul Aming menyatakan hasrat untuk membantu CGM untuk penuhi crowdfunding sebanyak RM10 juta.

“Hari ni kita salurkan RM100k daripada Sambal Nyet ke tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di sana. Sumbangan ini datang daripada sokongan anda semua selama ni.

“Dalam masa yang sama saya nak bantu CGM untuk penuhkan crowdfunding RM10 juta ringgit yang diperlukan untuk bantuan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan search dan rescue dan lain-lain lagi. Buat masa sekarang dah RM6 juta ringgit terkumpul. Tak lama lagi bumi Gaza akan masuk musim sejuk.

“Jadi jom kita ajak ramai-ramai untuk penuhkan tabung ni and you guys boleh cari link untuk menderma di semua profile social media saya. Kalau anda tak dapat menderma, jangan sesekali risau.

“Yang penting kita bantu dengan doa, ambil tahu dan sebarkan awareness sebanyak yang mungkin. Semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan amin,” ujar Khairul Aming.

Ramai warganet suka akan tindakan Khairul Aming yang dilihat menjadi inspirasi kepada orang ramai.

“Anda adalah inspirasi!! Jika perniagaan saya ada keuntungan macam ni saya akan lakukan perkara yang sama tetapi buat masa ini saya hanya dengan rendah hati akan menderma apa yang saya mampu,” komen Ceddy.

“Terima kasih banyak KA. Anda adalah influencer sebenar,” komen pengguna X.

Banyak brand yang mengguna bendera Palestin untuk melariskan produk mereka, namun tindakan Khairul Aming ini dilihat menjadi contoh hebat untuk tidak menggunakan situasi demi menjual produk.

Baca juga: Mahu jalani kehidupan biasa, ini 5 selebriti muda yang ‘bersara’ awal