Di bawah kerajaan Melayu Islam, Malaysia kini ada arak bernama Timah

Oleh NASUHA RAHMAN

Isu kekerapan judi kepada 22 kali cabutan setahun masih belum reda, kini kerajaan yang di perintah oleh Melayu Islam pula dipersoalkan dengan kemunculan wiski buatan Malaysia yang bernama Timah.

Yang memeranjatkan adalah namanya ‘Timah’ iaitu nama orang Melayu yang berasal dari nama anak Rasulullah Fatimah dan gambar yang digunakan juga seorang yang seolah-olah memakai kopiah dengan janggut panjang, wajah yang sinonim dengan orang yang kuat memegang kepada ajaran Islam.

Wiski, sejenih minuman keras, bernama ‘Timah’ ini dikatakan buatan Malaysia telah dilancarkan awal Oktober lalu di mana pernah memenangi anugerah terbaik negara ini.

Baca Artikel Penuh