Di DUN Serkam, Adly calon ketua menteri paling popular walaupun kawasan Umno

Oleh BORHAN AHMAD

Kajian yang dibuat di kawasan Dewan Undangan Negeri Serkam, Melaka mendapati, Adly Zahari adalah calon ketua menteri yang paling popular dalam pilihan raya kali ini.

Ini mengejutkan pengkaji itu sendiri, Dr Mazlan Ali, pensyarah kanan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang membuat kajian di sana.

“Di kawaan DUN ini penyandang jawatan Adun adalah dari Umno tetapi apabila kami buat kajian didapati Adly Zahari adalah calon ketua menteri yang paling popular di sini,” kata Dr Mazlan.

Menurut kajian beliau itu, Adly mendapat 15.18 peratus sokongan berbanding Datuk Seri Sulaiman Md Ali dari BN yang mendapat 12.15 peratus sahaja.

Calon PN  Rafiq Nizamohideen dari Bersatu mendapat 7.09 peratus.

Namun begitu, 63.97 peratus dari pengundi yang ditemui tidak membuat keputusan lagi siapa calon ketua menteri yang mereka sokong.

Dr Mazlan dan pasukannya membuat kajian di seluruh negeri Melaka sempena pilihan raya negeri yang akan berlangsung Sabtu 20 Novemner ini.

Pengundi awal PRN ini telah membuang undi mereka pada 16 November lepas.

Dalam PRN ini, PH meletakkan Ustaz Mohammad Khomeini Kamal dari AMANAH sebagai calon mereka, BN meletakkan Datuk Zaidi Attan, manakala PN meletak Ahmad Bilal Rahudin dari Pas di samping calon bebas Norazlanshah Hazali.

Dalam pilihan raya umum 2018 lalu, calon BN dari Umno Datuk Zaidi Attan menang dengan majoriti besar iaitu  2,737 di kawasan ini dan beliau kini diletak sekali lagi sebagai calon.