Jarang terdengar kisah sebegini berlaku di negara kita kerana masyarakat kita sudah terbiasa hidup bermuafakat dengan jiran tetangga.
Rumah kampung yang dibina jauh dari jiran pun sudah membosankan, apatah lagi jika rumah tersebut dibina sendirian di sebuah pulau terpencil. Adakah pemiliknya mahu ketenangan dari drama manusia di dunia ini?
Untuk anda yang tidak tahu, inilah sebenarnya rumah putih yang menjadi bualan ramai.
Terletak di kepulauann Ellidaey atau Ellirey di pantai selatan Iceland, rumah ini dikenali sebagai rumah paling sunyi di dunia.
Lapor Oddity Central, rumah putih berkenaan berada di tengah bukit yang dikelilingi lautan, menjadikan ia satu-satunya rumah yang berada di situ.

Rumah yang dikatakan tidak berpenghuni sejak tahun 1930-an itu mempunyai banyak versi ceritanya tersendiri, termasuklah ia kononnya dibina oleh seorang peniaga sebagai tempat perlindungan daripada serangan zombie.
Rumah berkenaan juga dikhabarkan pernah menjadi milik penyanyi Iceland, Bjork selepas berunding dengan pihak berkuasa untuk membeli pulau berkenaan.
Namun, hakikatnya rumah berkenaan sebenarnya adalah sebuah pondok berburu yang dibina ada tahun 1950 oleh Persatuan Pemburuan Ellidaey, yang menjadi tempat persinggahan ahlinya ketika mereka datang memburu puffin, iaitu sejenis burung laut di pulau berkenaan.