Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) masih kekal sebagai tokoh paling layak untuk menerajui kepimpinan negara buat penggal kedua.
Berikut adalah pandangan Pengerusi Biro Pekerja Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Abdullah Sani dengan mengambil kira kedudukan Anwar yang masih relevan terutamanya dalam dinamik politik semasa.
Anwar disifatkan sebagai pemimpin paling sesuai untuk memimpin negara dalam ketidaktentuan politik semasa termasuk selepas tindakan Pas yang memutuskan kerjasama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Reformasi diperkenalkan Anwar di bawah kerangka Malaysia Madani
Hal ini kerana pentadbiran Anwar membawa reformasi ketara dalam usaha untuk membasmi kemiskinan tegar, memperkukuh kebajikan rakyat dan memulihkan keyakinan terhadap sistem pentadbiran negara.
Kejayaan yang mampu dicapai menerusi pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan di bawah kerangka Malaysia Madani ini seharusnya dinilai secara objektif oleh rakyat dalam memilih tokoh untuk menerajui negara selepas ini.
Pergolakan politik semasa merubah pemikiran rakyat
Keretakan hubungan melibatkan beberapa parti politik di Malaysia memberikan dampak yang besar sekiranya tiada gabungan berjaya mendapatkan dominasi selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diadakan kelak.
Situasi ini dijangka akan mengubah pemikiran rakyat dalam memilih calon untuk mewakili mereka terutama dalam kalangan pemimpin yang mampu membawa manfaat kepada negara dan menjamin kestabilan ekonomi.
Prestasi diplomasi Anwar yang menarik pelaburan antarabangsa
Usaha kepimpinan Anwar dalam menarik pelaburan asing, memperkukuhkan hubungan perdagangan antarabangsa dan menjamin kestabilan ekonomi ketika dunia berdepan dengan ketidaktentuan sememangnya tidak boleh disangkal.
Malah kriteria ini mungkin menjadi faktor penentu untuk rakyat memilih peneraju pentabiran negara bagi penggal kedua sekali gus mengekalkan kedudukan Anwar sebagai tokoh yang masih relevan di pentas politik.
Hal ini kerana tidak pemimpin selain beliau yang memiliki pengalaman, jaringan antarabangsa dan kredibiliti setanding dengannya untuk mengemudi negara dalam mendepani cabaran geopolitik dan ekonomi global semasa.
“Kita percaya rakyat cukup matang untuk membuat penilaian. Walau apa juga serangan politik dan fitnah yang dilemparkan, Perdana Menteri tetap meneruskan tugas beliau termasuk memperkukuh hubungan perdagangan serta kerjasama antarabangsa demi kepentingan negara.
“Akhirnya rakyat akan menentukan siapa yang paling layak untuk menerajui Malaysia. Pada pandangan saya, Anwar masih merupakan pilihan paling sesuai untuk meneruskan agenda pembangunan dan kestabilan negara selepas PRU-16.” Katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga: Agong perkenan tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ Isa Samad