Bagi mereka yang memiliki dinding putih mesti perasan kadang kala ia akan bertukar kuning disebabkan kekotoran atau debu di rumah.
Bila nak Raya ni mestilah mahukandinding nampak bersih baru senang hati bila tetamu datang berkunjung.
Ikuti tips untuk bersihkan dinding yang dikongsikan menerusi portal The Spruce.
Cara bersihkan dinding putih

1. Pencuci serbaguna
Gunakan pencuci serba guna dengan kain microfiber.
Pilih pembersih serba guna yang mempunyai tekstur bersabun agar ia berfungsi untuk menghilangkan kotoran seperti kesan makanan dan minuman di dinding putih.
2. Sabun cuci pinggan dan span
Letakkan setitik sabun pinggan di bahagian dinding yang kotor. Kemudian, basahkan span gosok beberapa minit sehingga kotoran hilang.
Ulangi proses ini sehingga dua atau tiga kali.
Sabun pinggan adalah pembersih yang sangat berguna untuk permukaan di sekeliling rumah.
3. Pes baking soda
Baking soda ni walaupun sepatutnya digunakan dalam masakan tapi banyak fungsinya dalam membersih alatan.
- Sediakan tiga sudu baking soda dan satu sudu air.
- Kemudian, kacau sehingga sebati dan menjadi seperti pes.
- Sapukan pes tersebut pada dinding dengan menggunakan span.
- Biarkan seketika dan lap menggunakan kain bersih sehingga kotoran hilang.
Kalau nak senang lagi, sekarang dah ada mop dengan tisu basah, gunakan itu sahaja pun sudah mencukupi, dinding juga nampak lebih bersih.
Baca juga: Baru tahu ini cara guna ‘aircond’ untuk jimat elektrik, no 4 paling penting kalau tak mahu bil mahal