Disuruh bawa anak balik Malaysia untuk jumpa bapa, ini respon Shuhada

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu mengenai penceraian pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isteri Nurul Shuhada yang mengejutkan ramai pihak selepas anak seni itu kantoi curang.

Bukan setakat itu, Shuhada juga memaklumkan Hafidz culas dalam soal pembayaran nafkah buat dua anaknya sepanjang keberadaan mereka di Australia.

Menurut Kosmo! Online, Shuhada memaklumkan perkara tersebut selepas tular Hafidz meminta dia membawa pulang dua anaknya ke Malaysia untuk berjumpa si bapa.

“Saya bukanlah jenis yang setiap bulan akan bertanya kepada Hafidz soal nafkah anak tetapi saya akan bersuara kalau dia cuit berkaitan hal itu.

“Alang-alang dah diberi peluang untuk bercakap ini, saya nak maklumkan yang Hafidz memang tak menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah.

“Kalau dia rasa dia nak bagi, dia bagilah tapi kalau dia rasa tak nak, dia tak beri,” katany seperti dipetik Kosmo! Online.

Sementara itu, Shuhada memaklumkan dia tidak pernah menghalang Hafidz untuk datang ke Australia bagi berjumpa dua anaknya.

“Anak-anak sekarang bersekolah di sini dan cuti sekolah akan datang adalah pada bulan Julai. Kalau dia nak tengok anak-anak, datanglah, tak ada masalah.

“Tapi kalau dia nak saya balik Malaysia dan bawa anak-anak, saya tak rasa logik di situ.

“Macam mana saya nak sewenang-wenangnya balik Malaysia bagi dia jumpa anak kalau saya sebagai ibu tunggal tanggung segalanya?

“Kalau dia bagi duit tiket penerbangan, mungkin saya boleh pulang ke sana,” tambahnya.

Media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan pelakon Hafidz mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya sepanjang cuti sekolah selama dua minggu bermula 29 Mei depan.

Baca juga: Ameera Khan sudah lama nak tinggalkan Malaysia, cari tempat boleh jadi diri sendiri