Tabung Haji hari ini mengumumkan pengagihkan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024. Lebih menarik lagi Ia merupakan tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.5 juta pendeposit TH.
Agihan keuntungan yang paling tinggi sejak 2018 itu dipacu prestasi pelaburan yang lebih baik kesan pertumbuhan ekonomi dan pasaran saham negara yang positif tahun lalu.
“Alhamdulillah, ini adalah pulangan terbaik sejak 2018. TH akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi masa hadapan bagi membantu pendeposit mengembangkan tabungan haji mereka secara mampan,” katanya ketika mengumumkan agihan keuntungan TH bagi 2024 di sini.

Memetik dari sumber facebook Tabung haji, setiap pendeposit boleh menyemak pengkreditan agihan keuntungan TH 2024 bermula pada Ahad, 23 Mac 2025 ini.
Semakan boleh dibuat melalui beberapa platform tersedia seperti Thujari atau pergi ke kaunter Tabung Haji, Bank Islam atau Bank Rakyat.
Pada masa sama semakan juga boleh dibuat secara atas talian melalui rakan strategik Tabung Haji seperti Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Islamic, Maybank Islamic dan AmBank Islamic.
baca: tabung-haji-resize