Dua tahun tak berniaga sebab sakit, wanita sebak terima RM1,000 lepas kongsi rezeki

Oleh MAISARAH AISYA

Banyak peniaga yang tidak lokek berkongsi makanan dengan mereka yang kurang berkemampuan meskipun berlainan kaum dan agama.

Tindakan memberi tanpa mengharapkan balasan bukan sahaja meringankan beban orang yang memerlukan, malah menzahirkan nilai kemanusiaan yang sebenar.

Menerusi Facebook, seorang pempengaruh yang sukar berkongsi rezeki Vain Liew, memuat naik satu video dengan seorang peniaga nasi lemak bernama Amy.

Pada mulanya Vain memaklumkan dia tidak mempunyai duit untuk makan dan bahawa menu paling murah dan tanpa berfikir panjang Amy terus membungkus nasi buatnya secara percuma.

Kongsi wanita tu dia sudah lama tidak berniaga dan baru sahaja bermula selepas mempunyai masalah kesihatan dan baginya berkongsi rezeki itu tak akan buatnya rugi..

“Saya sudah lama tak berniaga sebab sakit. Saya ada kecing manis, sudah dua tahun. Ni baru mula lagi berniaga ni

“Tak lah, mana ada rugi. Tak ada, kita bantu orang, mana ada rugi. Nanti Allah Ta’ala bagi lagi banyak,” kongsinya dalam video tersebut.

Niat baiknya memberi makanan secara dibalas dengan baik oleh Vain yang membuat ‘magik’ dan memberikannya RM1,000 tunai.

Wanita itu dilihat sebak sambil berterima kasih dan memaklumkan duit tersebut boleh membantunya membayar tunggakan rumah selama dua bulan.

“Terima kasih Ya Allah. Kalau ada ni (makanan) memang saya bagi sahaja. Banyak benda saya boleh guna duit ini, saya nak bayar rumah, ada tertunggak dua bulan,” tambahnya.

Dalam masa sama dia memaklumkan akan terus berniaga jika masih berkemampuan untuk menampung diri dan dua anak angkat.

Vain kemudian menyerahkan lagi RM1,000 bagi membantunya memulakan pelaburan demi masa hadapannya seperti dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Baca juga: Mahasiswa manfaatkan RM100 buat modal bisnes kek batik kecil-kecilan