“Duduk rumah sewa ‘free’, baju pun mak mentua basuhkan, aku pelik dengan orang tak ada ‘common sense’ ni”

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi anak mudah yang berkahwin tapi masih nak duduk dengan ibu bapa sebab faktor ekonomi, rajin-rajinlah hulurkan bantuan.

Ini tidak, walaupun suami isteri bekerja, masih selamba tidak hulurkan bantuan kerana menganggap duduk di rumah ibu bapa itu menjimatkan.

Kalau rasa malas sangat nak masak dan basu baju, tidak salah jika bayar mentua untuk senangkan kerja anda, mereka bukan hamba.

Seorang wanita simpati akan nasib menimpa mak ciknya apabila menerima dua menantu perempuan yang semakin menyusahkan kehidupannya.

Cerita bermula begini, mak cik aku menerima dua menantu, kita gelar mereka F dan D dan kedua mereka ini tinggal di rumah yang sama.

Rumah tak adalah besar mana. Bilik ada tiga. Bilik utama yang sebelum ni diduduki oleh ibu bapa A (ssepupu aku) terpaksa dikongsi bersama dengan dua adik perempuan A.

Manakala bilik kedua dan bilik kecil didiami oleh dua pasangan ini. Mak cik aku mungkin sudah tidak tahan memendam rasa.

Mak A meluahkan segala yang telah terbuku di dalam hati dan jiwanya kepada emakku terhadap dua perangai menantunya, si F dan D.

Selama hampir setahun F Dan D tinggal di rumah itu, mereka tidak pernah lagi rajin untuk menolong Mak A.

Mungkin kerana terlalu penat bekerja dan si D tu tengah mengandung pula. Tapi masalahnya sebelum mengandung pun memang tak rajin nak menolong.

Apa Yang paling buat aku menyirap lepas dengar, sampai baju pun Mak A tolong basuh dan lipatkan.

Tiada pernah usaha nak basuh sendiri atau hantar dobi. Termasuklah anak-anak baju. Aku tak boleh ‘brain’ dengan perangai mereka ni.

Sewa dan barang dapur tak bayar

Bukan itu sahaja, rumah yang diorang duduk tu pun, tiada usaha untuk berkongsi bayar sewa dengan ayah A. Beli barang basah pun tidak dihulurkan duit.

Kedua-dua pasangan ya tiada ‘common sense’. Baik anak, baik menantu. Tahu-tahu Mak A masak, lepas tu boleh makan sampai kenyang.

Dua pasangan ini hanya bayar RM150 setiap pasangan untuk bil eletrik sebulan sahaja.

Menantu terperap dalam bilik

Aku paling bengang dengan F sebab dia kawan aku. Jadi aku akan fokus kisah F sekarang. Sanggup dia ‘hambakan’ makcik aku.

Rutin harian F lepas balik sekolah terus tidur, pukul 6 baru bangun cari makanan. F boleh kata dekat adik A, dia perlu tidur, kalau tak dia akan tidur kat tempat kerja esoknya.

Aku pun memang akui, dia kuat tidur. Asal ada waktu lapang je, dia kan tidur kat tempat kerja.

Aku sebagai kawan, kadang menyesal perkenalkan F ke makcik ku, mak A. Mak A ingat menantu boleh bantu rupanya ‘scammer’ je.

Apa taknya sebelum kahwin rajin, lepas kahwin hilang rajinnya. Bila balik kerja, langsung tak keluar bilik. Bila nak makan, baru keluar bilik.

Makcik aku hanya harap menantu scammer ni boleh tolong mana yang mampu je. Atau sekadar berborak dengannya sekejap bila dah balik kerja.

Si A, suami F pula, siap mesej adik perempuan dia supaya tak suruh F tolong buat kerja rumah. Mungkin alasan tu, yang digunakan oleh si F tak tolong mak A.

Mak aku nasihatkan Mak A, supaya jangan bagi muka dekat anaknya, A dan H. Ayah A pun cakap dah mula nak catu makanan dan belikan bakul asing.

Lepas ni baju, boleh basuh dan lipat sendiri ye. Tapi aku kenal mak dan ayah A. Depan orang lain bolehlah cakap. Tapi bila berdepan dengan anaknya, tak sanggup nak buat.

Tapi aku harap mak A dan ayah A bulatkan tekad dengan tindakan mereka.

Baca juga: “Ayah berhenti kerja walau gaji RM20,000, musnahkan hidup keluarga demi Forex”