Bukan senang nak berhenti merokok, pelbagai alasan diberikan untuk kekaln dengan tabiat lama.
Namun semakin banyak kes melibatkan masalah kesihatan buat mereka yang aktif merokok dan pada akhirnya ia memberi kesan kepada keluarga tersayang.
Penyanyi Akim Ahmad mengakui dirinya sudah setahun meninggalkan tabiat merokok disebabkan satu perubahan besar dalam keluarganya lapor Kosmo! Online.
Jelasnya, bapa tersayang disahkan menghidap kanser paru-paru tiga tahun lalu dan ini memberi impak buat dirinya dan adik beradik lelaki yang lain.
“Ada sebab kenapa saya berhenti merokok. Tiga tahun lepas ayah saya didiagnos menghidap kanser paru-paru.
“Jadi itu merupakan turning point untuk saya dan adik-beradik lelaki lain berhenti merokok.
“Kami ambil pendekatan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik dan sihat,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Dalam pada itu, Akim berkongsi ada banyak kesan positif selepas behenti merokok, staminanya dilihat lebih baik berbanding sebelum ini.
“Saya gembira melihat perkembangan diri saya selepas tidak lagi merokok dan saya lihat kesihatan bapa saya juga bertambah baik selepas dia berhenti merokok.
“Saya sendiri sudah mula rasa stamina meningkat, lebih bertenaga dan mampu menyanyi lebih lama ketika di atas pentas.
“Secara tak langsung, perubahan itu banyak membantu karier saya sebagai penyanyi,” tambahanya.
Sudah merokok sejak zaman sekolah, Akim mengakui berperang dengan mental untuk berhenti merokok apatah lagi dia seorang perokok tegar.
Bagaimanapun pesan ayahnya jika merasa ia terlalu susah adalah untuk banyakkan berzikir dan istighfar, ini sedikit sebanyak membantunya biar lebih fokus pada perkara positif.
Baca juga: Mat Saleh terharu lihat cara kru KLIA kendali bagasi penumpang dengan cermat