Siapa sangka, kejayaan seorang kontraktor yang ‘dibina’ bertahun-tahun boleh musnah sekelip mata dek kerana pilihannya untuk beristeri dua.
Lelaki itu terpaksa hidup sebatang kara tanpa sesiapa menemani di sisi selepas tega mengkhianati isteri pertama semasa berada di puncak kejayaan.
Mau tak mau, kontraktor yang pernah menguruskan projek jutaan ringgit itu harus ‘membina’ semula hidupnya dari bawah demi mencari sesuap nasi.
Kisah benar kontraktor itu diceritakan semula oleh rakannya sendiri menerusi satu hantaran video di laman TikTok yang pernah tular beberapa tahun lalu.
Difahamkan, lelaki itu merupakan seorang bekas kontraktor perumahan yang berjaya di sebuah syarikat yang diuruskan bersama isteri pertama.
Namun, episod hitam lelaki itu bermula apabila kekayaannya lesap selepas seorang wanita baharu hadir di dalam hidup sebagai isteri kedua.
Tidak menceritakan secara terperinci apa yang berlaku, namun peristiwa itu dipercayai menjadi punca hidupnya musnah sekelip mata.
“Dulunya kawan saya ini seorang kontraktor perumahan yang berjaya. Kebanyakkan projek jutaan ringgit dia boleh dapat.
“Tetapi kerana kehadiran wanita yang telah menjadi isteri keduanya, semuanya musnah. Kekayaan yang dimilikinya hilang begitu sahaja.
“Kerana seorang wanita dia berjaya dan kerana seorang wanita jugalah dia hilang segalanya,” tulis keterangan di dalam video yang dikongsi di TikTok.
Baca juga: Penghijrahan Maryam You Narae buat ramai kagum, siap beri contoh Muslim baik pada ibu