“Dulu susah nak jumpa, kini penuh di rak” – Rakyat puji PMX isu minyak masak paket

Oleh MALAYSIADATELINE

Isu kekurangan bekalan minyak masak paket yang pernah menghantui pengguna sejak bertahun-tahun lalu dilihat semakin reda apabila bekalan bahan keperluan itu kini dilaporkan mudah diperoleh di kebanyakan premis runcit.

Perkongsian gambar yang memaparkan stok minyak masak paket memenuhi rak jualan di sebuah kedai menjadi tular di media sosial, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menganggap masalah itu akhirnya berjaya ditangani.

Seorang pengguna TikTok, @ahmad_faiz8919, menyifatkan perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang cukup bermakna buat rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Kalau PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahi) dah tak ada, saya akan ulang cerita kepada anak cucu saya. Dalam banyak-banyak PM, hanya PMX boleh selesaikan isu minyak masak paket yang hilang puluhan tahun.”

“Nampak kecil, tapi sangatlah bermakna untuk kehidupan seharian rakyat marhaen seperti saya dan kita semua.”

Pandangan itu turut mendapat sokongan daripada pengguna lain, Ku Norhayati, yang menyifatkan bekalan barangan keperluan ketika ini lebih terjamin berbanding sebelum ini.

“Saya pun. Banyak jasa PMX sepanjang dia pegang. Nampak kecil tapi sangat bermakna untuk golongan marhaen.”

“Tak bolehlah lawan B40 yang tak reti bersyukur, dok meratib hari-hari barang mahal. Sedangkan zaman PMX ayam murah, minyak masak paket sentiasa ada.

“Masa raya cukup barang asas, dah berapa kali raya dah,” kongsinya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Azlan, berpandangan setiap pentadbiran perlu meninggalkan pencapaian yang boleh dijadikan penanda aras oleh kerajaan selepasnya.

“Sebab itu aku biasa cakap, kalau ditakdirkan sepenggal pun PMX, apa yang perlu dibuat hanyalah tinggalkan legasi dan penanda aras sebanyak yang boleh.

“Apabila bertukar, kalau penanda aras ini tak dicapai, memang kaw-kaw kena bash dan memudahkan tugas PRU seterusnya.”

Baca juga: Besar juga gaji pensyarah universiti, boleh cecah belasan ribu ringgit sebulan