Terdapat enam stesen di empat daerah di Pahang berada pada paras bahaya setakat pukul 7 petang tadi.
Kesemua stesen itu terletak di Lembangan Sungai Pahang melibatkan daerah Temerloh, Bera, Maran dan Pekan.
Aras bahaya merujuk pada keadaan apabila aras air sungai mula melimpah dan boleh menyebabkan banjir.
Dalam zon merah tersebut, perpindahan perlu dilaksanakan sekiranya perlu.
Enam stesen di paras bahaya itu ialah:
1. Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu)
2. Sungai Pahang di Water Front
3. Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera
4. Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang
5. Sungai Pahang di Lubuk Paku
6. Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini