Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini membuat keputusan mengenakan kompaun RM250,000 kepada Maestra Broadcast Sdn Bhd kerana muat naik kandungan melampau di TikToknya pada minggu lepas.
Kompaun itu dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (yang dipinda pada 11 Februari 2025)
MCMC berkata pihaknya membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen penyiaran radio erafm selepas meneliti rayuan syarikat itu terhadap notis penggantungan yang dikeluarkan pada 7 Mac.
Menjelaskan hal itu kata MCMC, keputusan itu mengambil kira hujah yang dikemukakan dalam rayuan, tindakan pemulihan yang telah diambil oleh pemegang lesen serta permohonan maaf rasmi daripada pihak yang terbabit.
Dengan tidakan tegas ini, MCMC memberikan tanggungjawabnya untuk menghalang mana-mana kandungan yang dianggap melampau termasuk dalam hal yang boleh mencetuskan ketegangan agama.
Suruhanjaya itu turut mengingatkan semua penyiar dan pengguna dalam talian agar bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian kaum dan agama serta mematuhi undang-undang negara.