Fahmi Fadzil dapat undi paling tinggi pemilihan MPP PKR

Oleh ROSLAN ZAMAN

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memperolehi undian tertinggi bagi mengisi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti itu semalam.

Keputusan rasmi pemilihan bagi jawatan MPP itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan Kongres Nasional Keadilan 2025 di Johor Bahru.

Keputusan semalam turut menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya dan penyanyi rap, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet berada dalam kelompok 20 MPP yang menang. Turut berada dalam kelompok teratas MPP PKR ialah bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Selain itu, mereka yang dikatikan dengan kem Rafizi turut memenangi pertandingan merebut 20 kelompok teratas. Mekereka ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; serta Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.

Berikut adalah senarai penuh MPP PKR 2025-2028:

1. Datuk Fahmi Fadzil

2. Adam Adli Abd Halim

3. Chan Ming Kai

4. G Gunarajah

5. Azlan Helmi

6. Dr Maszlee Malik

7. Goh Choon Aik

8. Nurin Aina Abdullah

9. Elizabeth Wong Keat Ping

10. Abang Zulkifli Abang Engkeh

11. Siti Aishah Shaik Ismail

12. Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad

13. Akmal Nasrullah Mohd Nasir

14. Amidi Abdul Manan

15. Lee Chean Chung

16. Azam Karap

17. Syed Ibrahim Syed Noh

18. A Kumaresan

19. Sim Chon Siang

20. G Sivamalar

Selain itu, timbalan presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli gagal mempertahankan kerusi Timbalan Presidennya apabila kalah dengan Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 6000 undi.

Sementara itu, tiga penyandang Naib Presiden PKR berjaya mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti kali ini.

Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Satu lagi jawatan Naib Presiden PKR dimenangi oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan.

baca: Biasiswa petronas nurul izzah