Fikry Ibrahim terkejut isteri fail cerai, “saya memang tak tahu apa”

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim akui terkejut dengan tindakan isterinya, Siti Khalizah Alihan yang menfailkan penceraian mereka di mahkamah syariah hari ini.

Fikry yang juga pengacara melodi di TV3 seperti dilaporkan berita harian berkata, dia tidak tahu apa-apa tentang hal ini dan menganggap hubungannya dengan isteri elok sahaja.

“Saya tak tahu, isteri saya okay sahaja dengan saya. Saya memang tak tahu apa”, katanya seperti dilaporkan Berita harian.

Pagi tadi, Khalizah yang mengenakan jubah hitam dan memakai pelitup muka hadir ke mahkamah syariah bersama peguam syarie yang dilantik oleh beliau bagi menfailkan penceraian.

Sebutan tuntutan dan permohonan perceraian pasangan itu berlangsung jam 9 pagi di hadapan hakim syarie Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

baca: Datuk red isteri pertama cerai