Gadis pelik ipar suka susukan anak di ruang tamu bila bakal suami datang, akhirnya terbongkar perbuatan jijik dia orang

Oleh KIM SYAZIE

Saban hari masyarakat dihidangkan dengan kisah kecurangan suami isteri dan pasangan kekasih. Berlaku curang dan membelakangi pasangan ibarat dah jadi trend.

Seperti kisah dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Ayu Devi, dia mendakwa bakal suaminya selama ini rupa-rupanya melakukan perbuatan yang kotor di belakangnya.

Awal cerita, Ayu berkata bakal suaminya sering datang melepak di rumah dan kakak iparnya akan melayan tetamu seperti biasa.

Namun anehnya, kakak iparnya akan keluar untuk menyusukan anaknya tanpa menutup bahagian dadanya meskipun terdedah.

Walaupun pernah ditegur ibu mentua, nasihat itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Padahal jika tiada tetamu lelaki, dia akan duduk susukan anak dalam bilik sahaja.

Ayu dengar bunyi katil bergoyang dalam pita rakaman yang ditinggal dalam laci

Selaku bakal isteri, sudah pasti Ayu amat terganggu dan merasakan kakak ipar seperti mahu menggoda bakal suaminya.

Satu hari, keluarga Ayu pergi ke pasar dan hanya tinggal bakal suami bersama kakak iparnya di rumah.

Sebelum keluar, Ayu yang mempunyai firasat buruk sempat tinggalkan alat perakam suara dalam laci rumahnya. Setelah 30 minit, dia tiba di rumah lalu segera memainkan rakaman tadi.

Kurang jelas kerana ada bunyi bising motosikal di jalan, namun yang pasti, Ayu mendengar bunyi katil bergoyang.

Saat ditanyakan, teman lelakinya berkata cuma duduk baring di sofa sepanjang Ayu keluar tadi.

Bermula November 2022, mereka terpaksa PJJ kerana lelaki itu perlu belayar kerja di laut

Walaupun sudah lama berlalu, Ayu kerap menanyakan isu bunyi katil tapi lelaki itu terus menafikan.

April 2023, Ayu kebetulan duduk dekat dengan telefon bimbit kakak iparnya.

Mungkin Tuhan mahu tunjukkan kebenaran, Ayu ternampak notifikasi WhatsApp yang dihantar oleh bakal suaminya.

Kedua-duanya tidak mengaku punyai hubungan, bahkan kakak ipar Ayu berani bersumpah atas nama Tuhan bahawa semua itu cumalah salah faham.

Seminggu kemudian, Ayu nekad memeriksa sendiri telefon bakal suami. Siapa sangka, kali ini dia dikejutkan dengan realiti yang lebih merobek jiwa.

Rupanya, lelaki itu dan kakak iparnya memang tidak berselingkuh.

Namun mereka kerap berurusan bagi transaksi pembelian video 18+ di mana kakak iparnya akan merakam ‘hubungan badan’ dengan suami (abang Ayu).

Kemudian, content itu akan dijual kepada lelaki itu sebagai bahan memuaskan nafsu sepanjang belayar di lautan.

Baca juga: “Rasa hati ini hancur, dah tak ada apa yang nak dicakapkan lagi” – Bekas madu Miera Liyana akhirnya bercerai