“Gaji puluh ribu dengan elaun” – Anwar Ibrahim tempelak Ahli Parlimen mengaku diri konon B40

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada segelintir Ahli Parlimen yang tidak senang akan perubahan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pelbagai usaha kerajaan untuk melaksanakan perubahan termasuk dalam penyasaran subsidi serta skim pencen lapor Harian Metro.

Namun ada pula Ahli Parlimen yang mempersoalkan usaha terbabit kerana mendakwa ada dalam kalangan mereka terdiri daripada golongan B40.

“Islam menganjurkan perubahan dan kemajuan, Islam anjur integriti dan tata kelola yang baik tetapi Islam dibicarakan, apabila kita sebut tata kelola amalan sakau, dia sangsi.

“Ada Ahli Parlimen kata kenapa nak perubahan, apabila (kita buat) penyasaran subsidi dan perubahan sistem pencen, dia kata tak boleh kerana Ahli Parlimen ada yang B40.

“Itu cakap apa? Gaji puluh ribu dengan elaun, masih B40. Dia ini cakap dari benua mana?” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Baca Artikel Penuh