Gula-gula Difflam Lozenges antara yang disarankan doktor bagi melegakan gatal-gatal tekak akibat simptom daripada virus Covid-19.
Bahkan gua-gula ini wajib ada dirumah bagi mencegah gejala Covid-19 khususnya virus Omicron yang ada pada pesakit atau mereka yang dikuarantin.
Baru-baru ini, harga ubat ini menjadi perhatian netizen apabila dihebohkan sudah semakin mahal bahkan menjadi perdebatan hangat dalam kalangan mereka.
Bermula semalam, pengguna Twitter mula berkongsi harga ubat gula-gula Difflam Anti-Radang Lozenges yang semakin mahal sehingga melebihi RM100 sekotak sedangkan harga asal sekitar RM16.

Menurut ciapan @HausofHilton, kebanyakan ubat tersebut yang khas buat pesakit yang mengalami masalah gatal tekak dan batuk sukar untuk dibeli di kedai ubat-ubatan atau farmasi kerana bekalan yang terhad dan semakin berkurang.
“Difflam Anti-Radang Lozenges habis dijual merata-rata sampai ada yang naikkan harga jadi RM100 sekotak di online,” ciapnya dipetik Kosmo
Dalam pada itu, perkongsiannya turut mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya meluahkan kekecewaan apabila harga ubat di pasaran semakin mahal sehingga membebankan mereka yang memerlukan.
“Sebelum ini harga ubat tu sekotak RM16 sahaja, sekarang semak nak beli baru dah naik sehingga RM108 yang dijual secara atas talian,” ciap Idzwa.
“Memang ubat sekarang makin mahal, jadi orang yang sakit sekarang ini kena ikhtiar berubat cara tradisional sebab semua ubat makin mahal, memang dah tak mampu la golongan pendapatan rendah macam saya ini,” luah Adlan.
Sebelum ini kecoh mengenai ubat parasetamol yang telah kehabisan bekalan sejak Januari lalu sehingga meresahkan orang ramai terutama pesakit Covid-19.
Lozenges merupakan sediaan berbentuk gula-gula yang mengandungi ubat. Ia mengandungi satu atau lebih ubat-ubatan biasanya berperisa manis. Fungsi lozenges adalah untuk memberi kelegaan dan keselesaan ke atas iritasi rongga tekak.
Bahan aktif yang terkandung dalam lozenges memberi fungsi yang berbeza-beza. Setiap jenama dan jenis lozenges juga mempunyai bahan aktif yang tidak sama. Bahan-bahan aktif ini memberi kesan seperti kesan analgesik, anestetik, antiseptik, antimikrobial dan antitusif.