Gelagat Jacky TV cuit perhatian ramai, sampai Agong sekali terhibur

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak mengenali penghibur jalanan dari negeri pantai timur ini, gelagatnya sering mencuit hati dengan riak wajah selamba.

Walaupun nampak biasa, Jacky TV mempunyai lebih 70,000 pengikut di akaun Youtube. Video adalah lebih kepada menemu bual orang ramai dan ulasan di kedai makan.

Pada 31 Julai lalu telah berlangsung Pesta Kuantan 188 di Pahang yang mana telah dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Acara tersebut turut dimeriahkan oleh pelbagai persembahan termasuklah nyanyian dari artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cakra Khan, Aizat Amdan dan ramai lagi.

Walaupun dengan kehadiran nama besar dalam industri seni, orang ramai lebih tertumpu kepada penampilan Jacky TV.

Video pendeknya sering tular di TikTok kerana warganet dilihat menyukai riak wajah selamba dia menemu bual orang ramai.

Aksinya selambanya di atas pentas bersama hos lain mencuit hati ramai termasuklah Yang di-Pertuan Agong yang terhibur dengan Jacky.

@pahangpostnow

@Jacky TV cuit hati YDPA di Pesta Kuantan 188

♬ original sound – Pahang Post – Pahang Post

Rata-rata warganet terhibur malah menyatakan bahawa Jacky berani melakukan aksi selamba walaupun dilihat oleh YDPA.

“Berani buat hal depan Agong ye Jacky.

“Buat lawak depan Agong, pelawak lain belum tentu dapat gelak dari Agong. Power Jacky.

“Kelakarlah Jacky, tergelak Agong layan dia,” antara komen warganet.

Menurut Lobak Merah, Jacky bermula dengan persembahan jalanan di sekitar Kuantan dan merupakan orang istimewa yang mempunyai masalah pembelajaran dan percakapan.

Namun namanya meningkat naik selepas diambil menjadi hos Youtube bagi rancangan Jacky TV dan telatahnya yang unik dalam bertanyakan soalan telah menarik perhatian ramai.

Baca juga: Demi menggapai impian untuk menjadi anjing, lelaki sanggup belanjakan RM64,000