Gempa bumi di Johor berulang lagi, “3 kali pagi ini sahaja”

Oleh ROSLAN ZAMAN

Belum pun sampai 24 jam kejadian gempa bumi di Segamat, kejadian yang sama berulang semula pada pagi ini.

Malah di ruangan komen facebook ada penduduk yang mendakwa sebanyak 3 kali gegaran dirasai di sini pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan rasminya sebentar tadi memaklumkan satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di Johor pada jam 4.24 pagi tadi.

Gempa 3.4 magnitud itu berpusat di 2.7° Utara dan 102.9° Timur pada kedalaman 10 kilometer dan 22km Timur Laut dari Segamat.

Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.

MetMalaysia juga memohon kepada orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu mengisi borang soal selidik di sini: https://forms.gle/nt79XYue2odoATPK7.