Gesaan ‘penyiasat’ netizen Malaysia, polis Thai jumpa bukti baru kes Tangmo

Oleh NASUHA RAHMAN

Dalam kes Tangmo Nida yang dilaporkan mati selepas terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya baru-baru ini mendapat perhatian serius daripada netizen Malaysia.

Berikutan itu, netizen membangkitkan soal bukti televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam bot sebelum mendiang jatuh menunjukkan seakan-akan ditolak.

Ini kerana, netizen Malaysia tidak puas hati kematian Tangmo pada awalnya dianggap satu kemalangan sehinggakan kes tragis itu bakal ditamatkan begitu sahaja.

Gesaan 'penyiasat' netizen Malaysia, polis Thai jumpa bukti baru kes Tangmo
Kematian pelakon Thai Tangmo Nida yang tragis menimbulkan tanda tanya

Namun hari ini, gesaan netizen Malaysia terhadap polis Thai agar melihat bukti CCTV didengari apabila pihak polis dilapor menemui bukti terbaru berkaitan kematian aktres Thailand, Tangmo Nida.

Menurut Bangkok Post, Pegawai polis, Leftenen Jeneral Jirapat Phumichit berkata bukti baharu tersebut ditemui pegawai penyiasat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan di tepi Sungai Chao Phraya.