Setiap pekerjaan itu ada gaji tersendiri, tak kisah sedikit atau banyak, jangan pula ambil kesempatan atas kesusahan orang lain untuk dapat duit lebih.
Tular seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital di Kajang cuba memeras duit terhadap warga emas yang meletakkan kenderaan di dalam kawasan hospital.
Video dimuat naik pengguna TikTok @allyszulkeflee menunjukkan dia mengekori rapat pengawal keselamatan bernama Manusha itu.
“Alang-alang ramai dah kena, ni lah muka dia hati-hati bila pergi Hospital Kajang, nama dia Manusha. Target dia orang tua atau orang luar.
“Alasan dia adalah parking staf dan untuk claim atau bayar dia duit RM50 kalau tidak clamp kereta. Mak aku kena berderau darah,” kongsinya di TikTok.
Jelasnya dalam video tersebut, pengawal keselematan itu hanya memulangkan duit selepas dia mengugut untuk buat laporan polis.
Di ruang komen pemilik video memaklumkan itu bukanlah kali pertama dan ia adalah kejadian kedua berlaku.
“Bukan kali pertama dan ini video selepas dua kali berbeza hari, adakah saya perlu reda dengan cara dia ugut memaksa minta duit mak saya yang tua tu,” ujarnya membalas komen mereka yang meminta duit itu dihalalkan.
Ternyata itu bukanlah kejadian pertama malah ada seorang lagi pengguna TikTok turut mengalami situasi sama selepas meletakkan kenderaan di kawasan salah, pengawal keselamatan memintanya memberikan RM10 atas alasan kasihan.
Baca juga: Demi anak dalam kandungan, Siti Jamumall terbuka rujuk semula dengan Aiman Tak Kesah