Hakim Rhode Island yang selalu menjadi bualan di media sosial terutamanya di Tiktok disahkan meninggal dunia pada umurnya 88 tahun.
Hakim bernama Frank Caprio yang sebelum ini mendapat jolokan ‘hakim paling baik di dunia ‘ bertarung nyawa melawan penyakit kanser yang dialaminya.
Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman media sosial rasminya dan turut disahkan ahli keluarga kepada stesen televisyen WJAR, rakan penyiar NBC.
Berita yang mendukacitakan itu dilaporkan pada Rabu, sehari selepas Caprio memuat naik perkongsian di hospital yang memohon doa daripada pengikutnya.
“Malangnya saya berdepan keadaan kesihatan yang merosot, saya kini kembali dirawat di hospital dan sekali lagi saya memohon anda semua mengingati saya dalam doa,” kata Caprio, merujuk kepada pertarungannya dengan kanser pankreas sebelum ini.