“Hamzah sendiri ada isu sama”, – Ahli Parlimen Bersatu isytihar sokong Anwar sedia dihukum

Oleh WAN SITI AMINAH

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bersedia dikenakan tindakan susulan mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini diakui Syed Abu Hussin selepas parti diwakilinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merancang untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap ahlinya yang ‘khianat’.

Syed Abu Husin bagaimanapun berharap agar kepimpinan Bersatu bertindak lebih ‘gentleman’ dan mempertimbangkan masalah yang dihadapi oleh wakil rakyatnya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu turut menyentuh isu berhubung tindakan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang terlebih dahulu mengkhianati UMNO sebelum menyertai parti tersebut, lapor Sinar Harian.

“Selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) lagi, sudah timbul isu nak ambil tindakan undang-undang bila ada kes sebegini. Itu hak masing-masing (parti), tetapi mahkamah yang akan tentukan ia adalah salah atau tidak.

“Ramai pemimpin termasuk Hamzah sendiri ada isu yang sama. Pada masa itu, dia meninggalkan UMNO dan parti nak ambil tindakan. Sepatutnya dalam soal ini, tanganinya secara politik dan gentleman

Baca Artikel Penuh