Semakin banyak kes peniaga bersikap kurang ajar hanya kerana tidak dapat menerima teguran daripada pelanggan.
Malah mereka ini tidak menunjukkan sikap peniaga yang sedang mencari rezeki, marah di hadapan pelanggan sedang menikmati makanan hingga menarik perhatian.
Difahamkan kejadian ini berlaku di bahagian utara.
Seorang pengguna X (Twitter) memuat naik video seorang peniaga yang tidak berpuas hati dengan teguran pelanggan hingga melempar semula duitnya itu.
“Nah hang ambil balik duit, setakat RM8 hang nak kata kat aku lebih kurang. Hang cakap bagi elok, hang cakap tak elok, muka hang jahanam,” ujar peniaga dalam rakaman itu.
Malah peniaga tersebut menyuruh pemilik hantaran dan rakannya untuk pergi dari kedai tersebut.
Ketika mahu membuat pembayaran mereka disangka ingin pergi tanpa bayar sehingga diperli lagi oleh wanita tersebut.
“Hang pi balik, aku tak mau tengok muka hang, tak payah bayar pun tak pa
“Hang sorang ja tayah bayar (kawan yang tegur dia tadi), yang lain bayar la ingat kedai mak bapa hampa”, tambahnya.
Niat pelanggan tersebut bukanlah untuk menjatuhkan cuma mahu peniaga tersebut untuk menambah baik sikapnya kepada orang yang membeli.
“Kami cuma tegur supaya ke hadapan nanti boleh ada improvement. Nak berniaga bukannya sehari dua, lagipun jangan la aniaya customer.
“Customer tu punca rezeki hang jugak, layan la elok elok,” katanya di X.
Rupanya ini bukanlah satu-satunya kejadian peniaga tersebut bersikap kurang ajar malah ramai sudah muat naik ulasan mengenai kedai itu.
Pengguna X lain turut membalas hantaran tersebut dengan kisahnya makan di gerai tersebut juga, lebih teruk mereka terpaksa menunggu dua jam untuk makanan
“Pernah makan sini sebab kedai lain semua penuh. Memang hazab la. Tinggal sikit ja lagi nak viral.
“Dah la servis lembab nak mampus! Kami tunggu makanan mahulah dekat dua jam. Ayah saudara aku sampai merajuk ajak balik. Pastu minta lain bagi lain. Silap betul pi makan dekat sini,” komen pengguna X

Seharusnya peniaga tidak bersikap biadap kerana tanpa pelanggan, peniagaan tersebut pastinya akan melingkup, tak salah pun nak senyum dan dengar teguran.
Baca juga: