Aloe vera atau dikenali sebagai lidah buaya kini diklasifikasikan di bawah senarai ‘kemungkinan karsinogenik’ Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tumbuhan tersebut sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional, malah orang Yunani dan Rom purba menyapu pulpa (lendir dalam lidah buaya) pada luka cedera.
Di zaman yang serba moden kini, ekstrak aloe vera digunakan dalam hampir semua jenis produk penjagaan kulit, suplemen, cecair kumur mulut dan ubat gigi.
Menurut Daily Mail, pakar toksikologi berpendapat bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan risiko aloe vera.
Bagaimanapun, mereka dinasihatkan untuk berhati-hati sekiranya mahu menggunakan ekstrak tumbuhan itu bagi kegunaan lain selain disapukan pada kulit.
Ini adalah kerana terdapat bukti yang mendedahkan ada komponen tertentu dalam tumbuhan itu dikenali sebagai lateks aloe vera, boleh menyebabkan masalah sekiranya ia dimakan.
Pada 2013, pasukan penyelidik yang mengkaji kesan toksik aloe vera, memberi air yang mengandungi pelbagai sebatian termasuk lateks aloe vera, kepada sekumpulan tikus selama dua tahun.
Selepas dua tahun, beberapa tikus diberi air dalam kuantiti banyak didapati dijangkiti tumor usus yang jarang berlaku.
Para saintis percaya sebatian dalam lateks aloe vera yang dikenali sebagai antrakuinon menjadi penyebab tikus itu dijangkiti penyakit tumor usus.
Pastikan anda mendapatkan khimat pakar atau kaji terlebih dahulu sebelum mengambilnya, bimbang ia menyebabkan masalah kesihatan.
Baca juga: Makan nugget panas sampai melecur, keluarga terima pampasan RM3.6 juta selepas 4 tahun