Umum sedia tahu kadangkala makanan yang dipesan di restoran makanan segera lebih panas, sudah menjadi kebiasaan untuk kita membiarkan ia sejuk sebelum makan.
Namun buat keluarga ini, mereka sebaliknya menerima AS$800,000 (RM3.6 juta) sebagai ganti rugi berikutan isu nugget ayam yang berlaku pada empat tahun lepas.
Wanita tersebut juga sebenarnya tidak makan di restoran makanan segera yang terkenal itu tapi membeli secara pandu lalu sahaja.
Menurut portal Street77, mereka diberikan ganti dari panel juri Florida selepas tuntutan undang-undang dikemukan terhadap sebuah syarikat makanan segera dan francaisnya.
Kanak-kanak tersebut dilaporkan mengalami luka melecur akibat makan nugget ayam yang didakwa terlalu panas.
Pada Mei lalu, juri memutuskan restoran dan pemilik francais itu bertanggungjawab kerana gagal memberi peringatan tentang nugget ayam yang panas itu.
Panel juri pada Khamis lalu bersetuju memberikan ganti rugi kepada keluarga tersebut.
Ganti rugi tersebut adalah untuk rasa sakit dan penderitaan, cacat, penderitaan mental, ketidakselesaan dan kehilangan keriangan untuk menikmati hidup.
Ganti rugi itu turut meliputi AS$400,000 (RM1.83 juta) bagi cedera yang dialami di masa lalu dan AS$400,000 untuk kerugian yang akan dialami pada masa depan.
“Keputusan penting ini menyebabkan pengakhiran bermakna kepada proses undang-undang yang sukar dan berlarutan”, ujar peguam yang mewakili keluarga tersebut.
Baca juga: Mak termenung bila jualan tak habis, pelanggan macam tak nampak gerai mak selepas viral…