Harga RM28 juta, Aliff Syukri akhirnya jual bangunan D’herbs

Oleh ROSLAN ZAMAN

Usahawan sensasi dan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri sedia untuk melepaskan wisma D’Herbs yang terletak di Kota Damansara selepas beroperasi di situ selama 10 tahun.

Bangunan tiga tingkat yang terletak di Seksyen 8, Kota Damansara itu dikatakan dijual pada harga RM28,384,500, manakala bagi yang berminat untuk menyewanya, kadar sewa ditetapkan pada RM120,000 sebulan.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh seorang ejen hartanag yang memuatnaik iklan penjualan bangunan itu di facebook. Katanya bangunan itu lengkap dengan perabot yang ditinggalkan oleh Aliff Syukri.

Sebelum ini usahawan yang juga penyanyi ‘nombor 1’ Malaysia ini berkongsi bakal mencari lokasi syarikat yang lebih besar akibat dari barangan syarikatnya yang makin bertambah.

Dia juga meluahkan perasaan sayu kerana telah beroperasi di lokasi asal sekarang selama 10 tahun lamanya. Banyak kenangan dengan pekerja lamanya di sini.

Selain itu, langkah ini juga diambil untuk memastikan keselesaan pekerjanya dalam menjalankan operasi perniagaan.

baca: Syarikat anjur majlis buka puasa tapi pekerja kena bayar RM100 seorang